Friday, January 30, 2009

Eurobeat vol 193 Dan MP4 Player

Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggukan pun menjelang jua.Album baru Super Eurobeat vol.193 dah keluar.Apa bendanya ni?Super eurobeat ni muzik ala-eurodance+disco yang berasal dari Itali.Dahulunya dikenali sebagai italodisco dan apabila muzik ni hanya dipasarkan HANYA untuk jepun,syarikat rakaman disana,AVEX TRAX menukarkan nama album ke super eurobeat.

Album kali ni agak best kerana lagu-lagu yang dimuatkan didalam ni bertemakan revival.Maksudnya,lagu-lagu dalam album ni kebanyakannya diberi nafas baru.YES!!itu yang aku tunggukan.
..

Pasal MP4 aku kali ni,dah jadi pelik-pelik lak device tu.Mana tak nya,kalau tak disconnect betul-betul,terus jammed..jalan terakhirnya terpaksa tunggu sampai bateri habis....menyirap!!

Saturday, January 17, 2009

Aku Ingin Menjadi Komposer

Sudah sekian lama aku tak menaip di blog.Maklumlah tiada cerita menarik.Tapi,hari ni aku nak kongsi sedikit projek terbaru aku,dimana aku akan mula menulis lirik dan rakan aku soffie akan mereka lagunya.

Projek ini agak susah sebenarnya dan soffie sendiri pun menganggap aku ingin mengambil kesempatan terhadap bakatnya(hahaha...aku tak berniat apa-apa pun soffie).Tapi,apa-apa pun,jika projek ini menjadi,lagu siap,ianya akan dipublish di youtube.maybe ada video atau kami akan letak audio sahaja.

konsep muzik yg ingin dibawa tak pasti lagi,kalau ikutkan aku,aku nak test buat lagu jenis 80's atau 90's uptempo mcm modern talking.Paling tak pun jenis-jenis catchy dan mungkin ada sedikit unsur-unsur pop.entahlah...apa-apa pun bergantung kepada pengubah lagu aku tu.

Aku ikut je macamana dia buat,kalau fesyen tu lagu dia,macam tu la lirik aku nanti.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.Dan untuk pengetahuan korang,lagu yg aku nak buat tu dalam bahasa inggeris.senang sikit nak bagi orang luar faham.