Wednesday, April 8, 2009

EXAM WEEK 2009!!

Setelah sekian lama aku menghilangkan diri dari dunia blog ni,akhirnya aku kembali semula.hehehe...for you guys information,this week merupakan exam week di KPTM,so study je la aktiviti aku disamping bermain dota.(Dota jer memanjang aku nie)

Kepada yang memberi support pada aku,thanks...yang tak bagi support pun thanks.Kenapa?sebab diorg tak bagi support,kiranya diorang buat juga sesuatu.hahaha..kan dah merepek...^~^

Hari ni aku baru tamat paper kedua aku,ahad ni ada satu lagi paper last.Harap boleh jawab dengan jayanya lah.Baru-baru ni juga,aku baru jumpa dengan seseorang pada 1 April hari tu,hehehe.....lepas ni bila la kita boleh berjumpa lagi.Masing-masing sibuk,busy,banyak kerja...nak buat macamana...tapi takpe....atleast aku tak lupa kat dia...hehehe

okay,aku tamatkan celoteh aku kat sini dulu....banyak benda aku nak buat lagi ni.Diharap ada la lagi update lepas ni.

Sunday, March 1, 2009

Ais krim di Billion dan kek choco banana Secret Recipe




Baru-baru ni gak aku makan aiskrim di Billion,ais krim murah je.RM2 untuk 2 skop.Tapi apa yang aku nak bincangkan ialah harga untuk satu skop dah naik jadi RM1.20!!Pe citer nie bro?!!baru 2 minggu lalu aku beli dengan harga RM1.


Disebabkan aku marah,aku pun membeli 2 skop dan satu skop ais krim.Yang 2 tu aku punya la dan satu lagi aku bagi kawan aku.Takkan nak makan dua-dua kot,tamak pulak aku ye...hehehe


dan aku rindu giler nak makan kek secret recipe....harap-harap kalau balik kl nanti,aku nak minta mak aku atau ayah aku belikan.....AKU NAK KEK!!!

Kerunsingan Hati,lagu baru,lapar dan terima kasih

Assalamualaikum....hari ni hari yang kurang best sedikit berbanding hari-hari biasa aku.Mungkin ada sesetengah kawan dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu.Tetapi,bagi yang tidak tahu,biarlah tak tahu.Bukan tak ingin berkongsi,cuma aku rasa cerita ni tak patut dikongsi.

Tapi dalam kerunsingan aku ni,aku sangat berpuas hati kerana lagu aku dah siap."You're are not alone",aku sangat-sangat berpuas hati dengan lagu ni selain lagu "friends like hell".Lagu belum disiapkan lagi,tapi dah boleh nak dengar aku nyanyi kalau nak.Nak tunggu versi yang siap sepenuhnya,kena tunggu album dari middy addict aku.

Sebut mengenai kelaparan,perut aku dah berkeroncong dah ni.Harap-harap motor tu dapat selesai dengan pantas.Dah tak tahan dah ni.Hari ni aku rasa nak makan nasi berlaukan sayur dan ikan je la.Nak jaga badan..hehe(boleh ke?>.<...dok mok mcm nie gak).Biasanya lokasi aku makan adalah dikedai berhampiran rumah aku....tuan punya kedai pun dah tau setting makan aku macamana.Tak nasi ayam,mesti nasi lauk....air lak kalau tak air kosong,mesti sarsi ais.(pergh...sarsi...sarsi....aku hauskan kau)

mengenai terima kasih,aku berterima kasih kpd seseorang tu kerana sudi mendengar rintihan aku.Bukan apa,kalau orang tu sanggup berkongsi rintihannya pada aku,apa salahnya aku pun bercerita?...betul tak?...anyway,kalau u baca,thanks!!^_^

Tuesday, February 24, 2009

Super Eurobeat vol.194~Love n Sweet~

Bulan februari dah keluar lagi album super eurobeat baru..YES!!..dan kali ni album yg ke 194!!.Dah banyak bukan?..tema kali ni yg dimuatkan dalam album kali ini bertemakan cinta.
Dan aku dah download album ni.Markah aku...8.0/10.kenapa?...tema kali ni aku kurang minat.lagu dan beat dia terlalu lembut.

Yang bestnya,artis-artis popular seperti Domino ada didalam album ni.Aku sekarang menunggu bulan 3 nie,album ke 195 akan keluar dan bertemakan ~Speedy~.Tak sabar nak dengar..mintak-mintak la lagi best.

Sunday, February 22, 2009

Weekend Yang tak mengikut plan

Weekend aku kali ni memang tidak mengikut perancangan seperti yang dijadualkan.Salah satunya nak pergi potong rambut,sebagai mana yang y'all tengok rambut aku kat piture myspace dan disini...hah!!macam tu la...dah panjang.Aku nak balik rumah di kl pun tak berani.

Anyway,weekend kali ni agak membosankan.Tiada apa-apa yang istimewa berlaku,setakat duduk,main game,borak kosong,gelak,sms,mms,YM(kdg2 je....ye ke?..hehe),dan juga sebagainya.
Kena pula disini(ipoh,perak) baru-baru ni la nak hujan,langsung tak boleh nak kemana-mana melainkan pergi makan....kalau la ada sesiapa boleh masakkan untuk aku,boleh aku berjimat sikit.

Bulan ni agak sesak sedikit,aku pun naik runsing dengan pembelanjaan aku.Mana tak nya,duit tak pasti guna kat mana....hmm....harap-harap wang saku bulan depan aku boleh berjimat.Tinggal lagi berapa ringgit je lagi dalam dompet aku.Kalau ada sesiapa yang nak menderma kat aku,sila-sila la..aku tak kisah..

Baru-baru ni juga aku baru perasan yg activ5 dah jadi activ10...bila start nyer benda nie?..
kalau tak operator maxis tu tak sebut "perkhidmatan activ10 anda telah beralih ke no *100#...",xde nyer aku nak tahu.Biasa la,benda-benda orang muda nie aku tak tahu.

Tup tap tup tap...tahun ni aku akan masuk 22 tahun,(patut bincang awal tahun lagi,bukan sekarang..hehe)...aku tetap macam biasa je tahun 2009 ni,masih kelakar macam dulu,kadang kala kelam kabut,masih bujang(bila la jodoh nak tiba?...) dan juga masih rasa diri tu muda.

Bagi aku,rasa diri itu muda tak mengapa.Apa salahnya?...cuma kita kena beringat bahawa nyawa kita ni pendek je dan tak tahu bila kita akan mati.So jangan live your life to the fullest but sebaliknya kita cukupkan amal ibadat kita supaya tiket ke akhirat itu bukanlah seperti tiket yang dibeli dari ulat puduraya....^_^

Thursday, February 19, 2009

MIDDIE ADDICT,aku dan soffie

Akhirnya penyeksaan penulisan lirik telah berakhir.4 lagu menjadi pilihan untuk eksperimental band duo aku ni.Apa benda nyer Middie Addict nie?haa....Middie addict nie wujud dari idealogi band popular german,"modern talking" dan "blue system",dimana konsep music kami dibuat menggunakan midi atau lebih mesra alam lagi polyphonic,macam bunyi ringtone hp y'all.

Middie Addict ni terdiri daripada 2 orang iaitu aku,Hood,bertindak(ceh...bertindak..hehe) sebagai penulis lirik dan vocal dan Soffie,sebagai music composer dan chorus vocal.Aku harap dengan kombinasi kami ini,dapat mewujudkan satu music yang mana selama ini aku impikan nak buat.
(maklum la...aku ni peminat modern talking).^_^

Dan untuk album pertama ini,lirik dah siap tapi lagu tak habis compose lagi.Harap banyak2 bersabar.Akan kami siapkan secepat mungkin.Lagu-lagu yang akan tersenarai adalah:
-Dreaming for you
-Friends like Hell
-geronimo cadillac(cover version)
-Confusion

Aku harap,kawan-kawan sila-sila memberi komen terhadap lagu kami,bukan suara ye...memang suara kami macam ayam(baik mengaku awal2 sebelum dikata bukan2..hahaha).
So,apa-apa perkembangan akan aku latestkan disini.Jadi banyak2 la bukak blog aku ni ye..
dibawah adalah salah satu lirik dari album kami...(poyo giler tak?hahaha)

FRIENDS LIKE HELL

weather not always good,
either fellings not always right,
like ocean on tsunami-blows away the night,
hoping from someone,hoping for a support,
but what you get is only an abort,
its not seems you'll get,
but the least you'll try to get,
friends not like seems to be,
dont tell me what should I'll be,

*chorus*

friends like hell all the matter is,
are to make their only feeling please,
couldnt see your hapiness,
couldnt see your victories,
oh I'm hoping they could change for me


thinks about this matter,
makes me feel sad from a bottom,
bringing myself away,
hoping from someone,
but what you get is only an abort,
I'm tired to die trying,
convincing them like dying,
friends not like seems to be,
dont tell me what should I'll be,

*chorus*

friends like hell should be like this,
all the matter are to make them please,
couldnt see your hapiness,
couldnt see your victories,
oh I'm hoping they could change for me

Sunday, February 15, 2009

Blue System,Anderson dan aku

Baru-baru ni aku taksub betul dengar lagu dari band "blue system".Band ni ditubuhkan oleh Dieter Bohlen,seorang komposer dari german dan juga former member "modern talking".

Genre lagu yg dibawakan mereka lebih kpd uptempo dan banyak menggunakan synthetizer.Mungkin disebabkan lagu-lagunya berbaur modern talking,tu yang membuatkan aku minat rasanya.(Aku adalah peminat modern talking ye).

Cuma apa yang aku rasa,suara dieter dlm band tu agak kurang sedikit...maksud aku tak berapa sedap.Tapi yang buat aku tertarik adalah masa korus lagu-lagu dia...mcm modern talking....hmm...kenapa la diorang bubar?....

oh ya,hari ni hari ulang tahun ke-100 sekolah menengah anderson,sekolah ayah aku dulu.Sekolah ni bertempat di Ipoh,perak.Lama juga ya ditubuhkan sekolah ni..sejak zaman british lagi.Dan kawan-kawan aku yang praktikal di btp akan membuat liputan disana..untuk tv pendidikan kata mereka.Harap berjalan dengan lancar ya you'all.^_^ v

Dan aku?...kenapa dengan aku?...hah...ni aku nak cerita...aku sedih dan keciwa sikit sabtu lepas.kenapa?ada la....akan aku ceritakan kemudian diatas sebab-sebab tertentu.

Friday, January 30, 2009

Eurobeat vol 193 Dan MP4 Player

Akhirnya hari yang aku tunggu-tunggukan pun menjelang jua.Album baru Super Eurobeat vol.193 dah keluar.Apa bendanya ni?Super eurobeat ni muzik ala-eurodance+disco yang berasal dari Itali.Dahulunya dikenali sebagai italodisco dan apabila muzik ni hanya dipasarkan HANYA untuk jepun,syarikat rakaman disana,AVEX TRAX menukarkan nama album ke super eurobeat.

Album kali ni agak best kerana lagu-lagu yang dimuatkan didalam ni bertemakan revival.Maksudnya,lagu-lagu dalam album ni kebanyakannya diberi nafas baru.YES!!itu yang aku tunggukan.
..

Pasal MP4 aku kali ni,dah jadi pelik-pelik lak device tu.Mana tak nya,kalau tak disconnect betul-betul,terus jammed..jalan terakhirnya terpaksa tunggu sampai bateri habis....menyirap!!

Saturday, January 17, 2009

Aku Ingin Menjadi Komposer

Sudah sekian lama aku tak menaip di blog.Maklumlah tiada cerita menarik.Tapi,hari ni aku nak kongsi sedikit projek terbaru aku,dimana aku akan mula menulis lirik dan rakan aku soffie akan mereka lagunya.

Projek ini agak susah sebenarnya dan soffie sendiri pun menganggap aku ingin mengambil kesempatan terhadap bakatnya(hahaha...aku tak berniat apa-apa pun soffie).Tapi,apa-apa pun,jika projek ini menjadi,lagu siap,ianya akan dipublish di youtube.maybe ada video atau kami akan letak audio sahaja.

konsep muzik yg ingin dibawa tak pasti lagi,kalau ikutkan aku,aku nak test buat lagu jenis 80's atau 90's uptempo mcm modern talking.Paling tak pun jenis-jenis catchy dan mungkin ada sedikit unsur-unsur pop.entahlah...apa-apa pun bergantung kepada pengubah lagu aku tu.

Aku ikut je macamana dia buat,kalau fesyen tu lagu dia,macam tu la lirik aku nanti.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.Dan untuk pengetahuan korang,lagu yg aku nak buat tu dalam bahasa inggeris.senang sikit nak bagi orang luar faham.