Sunday, March 1, 2009

Kerunsingan Hati,lagu baru,lapar dan terima kasih

Assalamualaikum....hari ni hari yang kurang best sedikit berbanding hari-hari biasa aku.Mungkin ada sesetengah kawan dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu.Tetapi,bagi yang tidak tahu,biarlah tak tahu.Bukan tak ingin berkongsi,cuma aku rasa cerita ni tak patut dikongsi.

Tapi dalam kerunsingan aku ni,aku sangat berpuas hati kerana lagu aku dah siap."You're are not alone",aku sangat-sangat berpuas hati dengan lagu ni selain lagu "friends like hell".Lagu belum disiapkan lagi,tapi dah boleh nak dengar aku nyanyi kalau nak.Nak tunggu versi yang siap sepenuhnya,kena tunggu album dari middy addict aku.

Sebut mengenai kelaparan,perut aku dah berkeroncong dah ni.Harap-harap motor tu dapat selesai dengan pantas.Dah tak tahan dah ni.Hari ni aku rasa nak makan nasi berlaukan sayur dan ikan je la.Nak jaga badan..hehe(boleh ke?>.<...dok mok mcm nie gak).Biasanya lokasi aku makan adalah dikedai berhampiran rumah aku....tuan punya kedai pun dah tau setting makan aku macamana.Tak nasi ayam,mesti nasi lauk....air lak kalau tak air kosong,mesti sarsi ais.(pergh...sarsi...sarsi....aku hauskan kau)

mengenai terima kasih,aku berterima kasih kpd seseorang tu kerana sudi mendengar rintihan aku.Bukan apa,kalau orang tu sanggup berkongsi rintihannya pada aku,apa salahnya aku pun bercerita?...betul tak?...anyway,kalau u baca,thanks!!^_^

2 comments:

yazid said...

sebagai blogger, aku sarankan ko open untuk semua orang untuk komen blog ko..sebab hanya orang yg ade blog saje leh komen blog ko nie..

L said...

aku ade award utk ko, tgk kt blog aku, k =D