Saturday, August 30, 2008

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Photobucket

31 Ogos 1957....merupakan tarikh keramat negara kita menyambut kemerdekaan.Bagi yang lahir selepas kemerdekaan,mesti tak rasa apa-apa kan?....Jangan tipu la kalau korang kata ,"...bagi saya,saya dapat merasakan apa yang pejuang-pejuang kami rasakan bila tibanya merdeka."Y'all tak rasa apa-apa pun sangat sebenarnya,tiada siapa pun yang lahir selepas kemerdekaan tahu bagaimana peritnya zaman pemerintahan British dulu dan bagaimana gembiranya selepas dapat mengecapi kemerdekaan.

Photobucket


Satu je perkara yang aku sedih dengan muda mudi sekarang ni.......cara mereka menyambut kemerdekaan sekarang....MENGARUT!!Setiap kali malam merdeka,kesian pada polis-polis yang terpaksa buat OT malam merdeka....kenapa?ye la,dah ramai dok rempit malam merdeka.Mereka ni konon sambut merdeka,tetapi mereka menggunakan alasan ini untuk berlumba sesama mereka.Kata dah merdeka?Ini nya merdeka ? So,aku harap la muda mudi zaman sekarang....sedar la bahawa umur kita tu tak lama....bila-bila je boleh expired....Ciao!!

Thursday, August 28, 2008

Kassim Butang nak buat Sequal??

Maybe ada diantara y'all (aku maksudkan rakan-rakan KPTM Ipoh dan siapa2 yang pernah tengok) ingat video subjek DAV masa kita sem 4 dulu,"Champion Idol".Ingat lagi tak pada watak utama cerita tu? Kasim Butang?...Peserta yang menganggap dia tu bagus dan terbaik.Aku sebenarnya bercadang nak buat video,dan cerita video tu akan mengunakan watak Kassim butang tu lagi.Lebih kurang macam sequal terbaru dari champion Idol la.Tetapi,cerita baru tu tidaklah mengenai audition mana-mana program realiti.

Ianya boleh jadi satu cerita pengembaraan ke,aksi ke atau apa-apa cerita yang mencuit hati.Cuma satu je la,kalau rakan-rakan sanggup membantu menjayakan cerita ini,aku memang berbesar hati nak jalankan shooting tu.Berminat?Kalau ada idea lain,sila-sila la beritahu ek...!!

SPR Menipu???Hoh!!Betul ke?

SPR MENIPU ????
Keputusan diumumkan SPR bahawa calon BN memperolehi undi sebanyak 15, 524 menimbulkan persepsi bahawa telah berlaku sesuatu yang tidak kena. Jika mengikut fakta bahawa hanya terdapat 65 % pengundi ( 38,144 orang ) yang keluar mengundi pada hari semalam, BN Cuma boleh memperolehi undi sebanyak 6,410 dan bukannya 15,524.


Fakta:
38,144 pemilih berdaftar (65.
25 %) keluar mengundi
Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 15,524
Undi Rosak: 447
Jumlah undi Pos: 490
Jumlah Semua Kerta Undi: 47,748 ( jumlah ini menunjukkan bahawa yang keluar mengundi termasuk pengundi pos adalah 47, 748 orang iaitu 81.68% iaitu peratusan yang sama dengan jumlah yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh pada PRU ke12, 8 Mac lalu.


Sedangkan kita semua maklum bahawa melalui pengumuman yang disahkan oleh SPR bahawa pada kali ini cuma 65.25 % iaitu 38,144 orang pemilih berdaftar sahaja yang keluar mengundi di Parlimen Permatang Pauh. Dari mana pula datangnya sejumlah 9,114 kertas undi lagi yang telah mengubah jumlah undi yang sepatutnya diperolehi oleh BN iaitu 6,410 undi menjadi 15,524 undi.


Ini yang sepatutnya:
38,144 pemilih berdaftar (65.
25 %) keluar mengundi
Semakan
Undi diperolehi Calon AKIM: 92
Undi Diperolehi DSAI: 31,195
Undi diperolehi BN: 6,410
Undi Rosak: 447J
umlah kertas undi keseluruhannya: 38,144
Jumlah undi Pos: 490
Kesimpulan: BN & SPR menipu lagi lah.


Barangkali penipuan ini tidak perlu dipedulikan sangat sebab PR sudah menang. Tetapi apa yang dikesali ialah BN dengan memperkudakan SPR masih lagi mahu menipu rakyat. Pada PRU ke 12 lalu, BN telah mendapat isyarat bahawa rakyat mahu mereka melakukan sesuatu untuk memulihkan kepercayaan terhadap mereka. Sebagai seorang kakitangan kerajaan saya merasa amat malu dengan penipuan yang masih lagi dilakukan oleh kerajaan ini. Sepatutnya kerajaan meningkatan integriti dan moralnya dengan cara berhemah dan tulus ikhlas agar kepercayaan serta keyakinan ramai termasuk penjawat awam dapat dipertingkatkan semula. Namun, amat mendukacitakan Kerajaan BN masih lagi memilih cara yang bangsat dan bedebah dengan melakukan penipuan dalam pilihanraya untuk memulihkan imej dan maruahnya yang telah tercalar teruk. Kalau beginilah caranya, tak payahlah menjadi kerajaan lagi selepas ini. BN boleh menipu tetapi dengan angka-angka ini jelas menunjukkan penipuan dilakukan tidak boleh ditutup dan dinafikan lagi. Tolonglah wahai Kerajaan yang memerintah, kalau ingin bernyawa lebih lama lagi, lakukan sesuatu dengan cara yang betul dan jujur. Jangan menganggap rakyat ini bodoh seperti kambing, lembu dan kerbau!!.

Wednesday, August 27, 2008

Public Speaking Dan Isu Rakan Makan Kawan

Public speaking....hmm...apa benda ya "Public speaking"?..Kalau dialih bahasa secara bulat-bulat,ianya bermaksud Percakapan awam.Tapi betul ke itu yang didefinisikan?oh..tidak..public speaking ini bermaksud percakapan yang melibatkan penonton dan isu yang dipercakapkan tidak terhad,komedi,politik,hal ehwal semasa dan lain-lain.Tapi itu bukan la aku nak cerita kat sini,yang aku nak cerita tentang public speaking kat kelas aku hari ini.Nampaknya bukan rezeki aku tak dapat public speaking dalam kelas(Padahal "yes" masa sir shafiq kata 3 orang je present hari ni).

Bila tengok rakan-rakan present tadi,rasanya tak la susah sangat nak berceloteh kat depan,tengok kertas sudey.Tapi,apa yang sir kata tadi,"...Public speaking is to talk to people,not to read a text,If you do...audience would be distracted .".Maksud? jangan la y'all pergi baca bulat-bulat isi dalam kertas y'all tu.Tengok point,kemudian pandang audience dan explain.

Ni pula isu baru...isu kawan makan kawan?pernah terjadi kat y'all?mungkin ada ,atau mungkin tiada ,bukan?..aku malas nak cerita siapa,biar la orang tu terasa sikit.

Sunday, August 24, 2008

Konvo,Kelas Dan Puasa

Tamat akhirnya cuti aku seminggu.Sekejap je cuti hari tu.Tup tap tup tap dah buka balik kolej aku.Aku kini dah ada di Ipoh,dan suasana still seperti biasa disini.Assignment ada yang tak siap lagi,nampaknya minggu ni akan sibuk sikitlah nampaknya.

Sabtu lepas,23 Ogos 2008,Rakan-rakan aku masa di KPTM KL konvo di PLCC.(I'm not sure la short form apa nyer benda nie)Isyh...kalau aku tak tukar course masa dulu,mesti aku dah konvo sekali dengan diorang.Anyway,tahniah kepada rakan-rakan yang dah konvo tu dan good luck juga pada yang sambung study lagi kat KPTM KL,elok la tu korang sambung degree...terjamin sikit masa depan..hehe..^_^

Pasal puasa pula,kalau tak silap aku la,1 september ni agaknya puasa,aku tak pasti la.Sama-sama kita tunggu pakcik Ramadhan tu umum kat TV nanti ek.Sebut bulan puasa ni,macam-macam cerita pernah berlaku sejak aku masuk belajar di Ipoh ni.Disini aku dah puasa dengan rakan-rakan dah 2 kali.Masuk yang terbaru ni nanti jadi 3 kali la pulak...haha..Harap-harap dapat la aku masuk surat khabar Metro lagi macam dulu.Isu bila?aku pun tak ingat,yang aku tahu surat khabar tu untuk edisi utara.Masa tu aku pergi beli juadah dengan rakan-rakan serumah di bazaar ramadhan di stadium.Popular kejap juga la masa tu.^o^

Harap-harap tahun ni tiada dugaan dan halangan la seperti tahun-tahun sebelum ni.Tak sabar nak puasa,boleh kuruskan badan(aku baru-baru ni dah dapat lesen buncit sikit dari JKR[Jabatan Kata Rakan]).Bagi yang belum ganti,harap ganti-ganti la minggu ni.Pada kawan-kawan nak datang raya umah aku kat KL,boleh la datang,tapi aku maybe tak ada kerana aku pulang ke kampung tok wan ku di Kedah tahun ni,arwah tok dan opah aku dah tak ada kat ipoh dah,so Kedah je la destinasi aku setiap kali menjelang hari raya.T_T

So,aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada y'all dan harap-harap puasa korang semua cukup.

Thursday, August 14, 2008

Reunion SMKDL Di TimeSquare

Photobucket


Gambar diatas merujuk kepada gambar ketika reunion aku dengan rakan-rakan di Time Square bulan lepas.Seronok jumpa rakan-rakan lama balik,yang nakal dah berubah,yang selama ni pendiam dah jadi kecoh.Kebetulan aku cuti masa tu,so dapat la aku balik k.l sekejap.

Pergi-pergi je reunion tu,bukan semua aku ingat,ada yang kenal aku,tapi aku dah lupa siapa dia,ada pula yang aku kenal tapi tak ingat nama,dan macam-macam lagi la gelagat aku dalam proses cuba mengecam kembali mereka-mereka ini.Dan paling menarik sekali,salah seorang rakan sekelas aku,Zaki namanya,dia ni biasa kena buli masa sekolah dulu.Macam-macam la kami kenakan dia,paling best kenakan dia waktu sekolah kami suruh dia berlakon.Memang kelakar.

Tapi baru-baru ni aku dapat tahu yang si Zaki ni dah jadi polis(uih!!Polis?aku pun tak caya mula-mula).Balai dia bertugas tak jauh dengan rumah aku,tak silap aku dia bertugas kat cawangan Dang Wangi ke Pandan Jaya.Dia juga merupakan penembak terbaik di cawangannya sekarang.Akhirnya cita-cita dia nak jadi penyelamat bumi(dulu dia taksub Ultraman) tercapai jua akhirnya.

Reunion kami akan diadakan lagi selepas ni,maybe dalam 2 tahun lagi.Baru rindu sikit....masing-masing dah graduate masa tu.

Kentucky Fried Chicken,JUSCO Dan Aku

Awal bulan hari tu duit masuk,jadi aku pun tak lepaskan peluang ke Jusco untuk makan KFC(Jauhnya...nape sampai sana?).Dah lama aku tak singgah Jusco,dah makan,boleh pusing-pusing sekejap.Tengok-tengok barang yang berkenan ke,tengok awek ke,macam-macam la boleh dilakukan kat sana.Masa aku pergi tu,hari khamis,hari kerja,jadi tak ramai orang sangat..So,aku jadi sedikit hampa kerana tak dapat cuci mata kat sana.hehe..

Sebut pasal JUSCO ni,banyak benda aku nak cerita.Aku dulu pernah kerja di Jusco Taman maluri,jadi apa?Jadi boss la,takkan kuli kot..hehe..bukan la,aku jadi promoter je kat sana,kerja lepas SPM 2004 dulu.Masa aku kerja kat sana,aku baru tahu macamana pengurusan shopping center masa tu.Setiap Staf kena datang sebelum pukul 10 untuk persediaan membuka kedai,kalau bahagian baju,sila-sila la lipat balik baju yang disepahkan oleh pelanggan semalam....aku bahagian baju budak dulu,masa tu sale,Jadi,customer main angkat je kain-kain kat dalam table JUSCO tu.Alih-alih aku juga yang kena lipat,nasib baik aku rajin...hahaha.Pagi tu lampu tak buka semua lagi,jadi agak gelap sikit,tapi still dapat tgk dgn jelas lagi.

Bila nak tutup JUSCO,masa tu la paling seronok dan juga kurang seronok.kami kena pacak depan booth masing-masing dan ucap,"terima kasih,datang lagi",jangan lupa SENYUM!!:-)
Kalau seorang takpe,ni setiap pelanggan yang lalu kena cakap macam tu.Balik je rumah dah pukul 12,penat nak buat apa pun malas,mandi-mandi,sembahyang terus tidur....pagi esok kena bangun awal.

Berbalik pada KFC tadi,mana lagi y'all suka?McD ke,A & W ke,Pizza Hut?Kalau tanya aku,semua aku suka,sebab semua ni dalam kategori makanan pantas(fast food).
Photobucket

TaK DaPet La InTrOduCtIon

"Memang tak dapet la"...ayat ni dah jadi trademark aku sejak beberapa bulan lepas.Bukan aku yang menobatkan perkara ini,tetapi rakan-rakan aku sendiri.Seingat aku ayat ni jadi popular ketika kami mengadakan konvoi ke Terengganu.First time aku gi sana,macam pergi London pulak..hahaha.

Lupa pula nak introduce kan diri,just call me Hood,lahir di Kedah dan kini menetap di Kuala Lumpur.Aku still study di KPTM di Ipoh,Perak dalam diploma Multimedia.Ipoh ni boleh la...tak lah besar sangat,tapi....boleh la.Dah sem 7 dah pun aku kat sini.Sebelum aku melanjutkan pelajaran kat ipoh ni,aku study kat KPTM KL(Eh? KPTM gak?...taksub ke?),sana aku amik Business in IT.Tapi tak lama,sampai sem 2 je aku stop...tak boleh bawak course kat sana.

But,Ipoh pun seronok juga,ramai pensyarah pelik-pelik.(maksud aku sporting) dan boleh disakat seperti Puan Haslina(hahaha!aku selalu dapat lewat dengan dia awal-awal sem hari tu).Pensyarah emo pun ada disini,contohnya Puan Tini,tapi dia ok dan friendly,cuma dia ni sensitif sikit.

Tu je la apa yang aku nak taip untuk pembukaan blog aku ni,kalau aku start dari dulu tulis blog ni,mesti dah banyak isi kat sini.Aku nak jadikan blog ni diari online aku.Sesiapa nak baca,baca la.Tapi tujuan aku tulis ni utk diri sendiri,kalau ada apa-apa yang aku merapu,minta maaf la,tak tuju pada sesiapa pun,sekadar syok sendiri..hehe..

Photobucket