Sunday, August 24, 2008

Konvo,Kelas Dan Puasa

Tamat akhirnya cuti aku seminggu.Sekejap je cuti hari tu.Tup tap tup tap dah buka balik kolej aku.Aku kini dah ada di Ipoh,dan suasana still seperti biasa disini.Assignment ada yang tak siap lagi,nampaknya minggu ni akan sibuk sikitlah nampaknya.

Sabtu lepas,23 Ogos 2008,Rakan-rakan aku masa di KPTM KL konvo di PLCC.(I'm not sure la short form apa nyer benda nie)Isyh...kalau aku tak tukar course masa dulu,mesti aku dah konvo sekali dengan diorang.Anyway,tahniah kepada rakan-rakan yang dah konvo tu dan good luck juga pada yang sambung study lagi kat KPTM KL,elok la tu korang sambung degree...terjamin sikit masa depan..hehe..^_^

Pasal puasa pula,kalau tak silap aku la,1 september ni agaknya puasa,aku tak pasti la.Sama-sama kita tunggu pakcik Ramadhan tu umum kat TV nanti ek.Sebut bulan puasa ni,macam-macam cerita pernah berlaku sejak aku masuk belajar di Ipoh ni.Disini aku dah puasa dengan rakan-rakan dah 2 kali.Masuk yang terbaru ni nanti jadi 3 kali la pulak...haha..Harap-harap dapat la aku masuk surat khabar Metro lagi macam dulu.Isu bila?aku pun tak ingat,yang aku tahu surat khabar tu untuk edisi utara.Masa tu aku pergi beli juadah dengan rakan-rakan serumah di bazaar ramadhan di stadium.Popular kejap juga la masa tu.^o^

Harap-harap tahun ni tiada dugaan dan halangan la seperti tahun-tahun sebelum ni.Tak sabar nak puasa,boleh kuruskan badan(aku baru-baru ni dah dapat lesen buncit sikit dari JKR[Jabatan Kata Rakan]).Bagi yang belum ganti,harap ganti-ganti la minggu ni.Pada kawan-kawan nak datang raya umah aku kat KL,boleh la datang,tapi aku maybe tak ada kerana aku pulang ke kampung tok wan ku di Kedah tahun ni,arwah tok dan opah aku dah tak ada kat ipoh dah,so Kedah je la destinasi aku setiap kali menjelang hari raya.T_T

So,aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada y'all dan harap-harap puasa korang semua cukup.

No comments: