Friday, December 26, 2008

Kelas Repeat Bermula

Minggu ni kelas repeat aku dah bermula.Segan juga bila masuk kelas,semua budak-budak mentah lagi.Tapi,yang best nya aku dah jadi super senior,dimana senior yang paling lama untuk batch aku.Sem ni aku repeat subjek akaun,statistic dan DPM.

Aku harap sem ni aku dapat lulus dengan cemerlang,ye la,bila lagi nak lulusnya kalau bukan semester ni.Peluang terakhir aku untuk repeat adalah pada semester ni.Tak Banyak benda nak cakap pasal repeat-repeat ni.

Sekarang ni aku sedang bercuti,seminggu kot.Hehehe...memang best,tapi kadang-kadang bosan juga.

Monday, December 8, 2008

Game-Game PSP Yang Tengah hot!!

Baru-baru ni aku surf internet untuk tengok-tengok game-game baru PSP.Dan selepas aku kaji selidik disemua website,ni adalah game-game popular PSP:

FINAL FANTASY 7-CRISIS CORE
*Game terbaik yang pernah dibuat untuk PSP.Kalau Y'all peminat Final Fantasy sebelum ni,game nie mesti jadi pilihan!!














PATAPON
*Dalam game ni,y'all kena guide puak-puak comel ni untuk menang.Memang game yang best dan menyeronokkan.














N+
*Game yang gempak!!korang sebagai seorang ninja dalam game ni.Game yang sangat popular.















Wipeout Pulse
*Game racing sci-fi yang menarik.Kalau suka racing,game macam ni untuk korang.















God OF War:Chain Of Olympus

*Game ni aku memang rekomen pada korang.Game aksi terbaik selain Final Fantasy crisis core.

Sunday, December 7, 2008

Flyover Kampung Pandan Yg Menyenangkan

Hari ni aku turun ke Time Square untuk hang out dengan kawan.Kerana aku lambat keluar dan tak nak kawan aku tunggu lama-lama,aku pun menaiki teksi kesana.

Apa yang mengejutkan aku,tambang teksi kesana hanya RM4.80!!kenapa terkejut?haaa....selama ni bila aku nak kesana,bila aku naik teksi kena cas tambang rm7.40....tapi sejak ada flyover berdekatan sekolah datok lokman tu,perjalanan menjadi cepat dan tambang teksi pun kurang.

Kalau macam ni,boleh la aku naik teksi setiap kali nak kesana.Area rumah aku tak ada bas masuk,jadi teksi sahajalah punca transportation yang paling ada pun.Apa-apa pun aku amat berterima kasih pada pembuat jalan raya tersebut,tak kisahlah Sami vellu,jpj atau jkr....

Saturday, December 6, 2008

Update Terbaru Mengenai Pc Baru !!

Seperti mana yang aku ceritakan sebelum ini,aku dah ada pc baru dirumah.Jenama?Dell..Model?Optiplex 330.Ok,sebelum ni aku ada beritahu spesifikasi pc tu kan?..ok,spesifikasi sebelum ni tak tepat.Lepas aku godek-godek pc tu,ini dia spesifikasi yang setepat-tepatnya :-

Processor:Intel dual core 2.20 Ghz
Memory : 4 GB DDR2 Ram (aku pun macam tak percaya pada mulanya,satu slot pakai papan 2gb)
Graphic :Intel graphic Accelerator G31 dengan 382 mb
Sound :SoundMax HD(High Definition)
Hardisk :160 gb SATA2(slot sata3 disediakan)
Drive :Standard DVD-ROM
Slot :1 Pci Express dan 2 slot Pci biasa
Monitor :19 dell widescreen
Os :buat masa ni pakai windows xp,tetapi cd windows xp dan vista disertakan sekali(original tau.)

Lepas aku tengok spesifikasi ni,apa yang aku patut upgrade ialah graphic card sahaja.Oh ya,Monitor 19 inci tu tak sampai lagi,baru order semalam,seminggu baru dia hantar rumah,jadi buat masa ni pc tu sedang menggunakan monitor flatscreen 17 inci je buat masa ini.

Wednesday, December 3, 2008

Komputer DELL dirumah aku?Hmm.... v1.0

Tadi aku tumpang ayah aku pulang kerumah,aku menunggu di stesen lrt Ampang Park.Then,masa nak masukkan barang di boot kereta,aku ternampak kotak berisi cpu DELL.Dah masuk kereta aku terus bertanya tentang benda yang aku nampak tu.Katanya tu DELL Optiplex 330.(nama model pc tu la).Spesifikasinya?Sila lihat dibawah:
Intel core 2 duo 2.4 Ghz
1gb ddr2 ram
intel extreme graphic g31 dgn 381mb
1 slot PCI express(boleh la upgrade graphic card nnt)
windows vista original
beberapa slot ram
dvd combo drive

Macamana?ada harapan la aku nak main game-game latest zaman sekarang kalau macam ni.hahaha..anyway,ada sikit masalah...aku akan update post ni kemudian.

Tuesday, December 2, 2008

Christmas 2008 hampir menjelang...Oh!PSP..


Penghujung tahun hampir tiba,dan tinggal lagi 2 perayaan besar di malaysia iaitu hari raya haji dan krismas.Sebut pasal krismas nie,korang dah prepare belum?hahaha...ofcourse la tak,sebab kebanyakkannya pembaca blog nie beragama islam.

Hmm..tahun ni sahaja ramai kawan-kawan aku dah memiliki sony psp?apa benda tu?sony playstation portable...dulu aku pasang niat je sebab aku berpendapat macam aku seorang sahaja yang minat benda-benda tu,ye la,nanti dikatakan macam budak-budak pulak(padahal yang main benda tu semua rata-rata remaja macam aku dan orang dewasa).


So,tahun ni sahaja ada saja sms,mesej myspace dan juga gambar yang menunjukkan mereka sudah memiliki satu.ada yang tanya aku bila lagi....ceh,tanya aku macam tanya aku bila nak berbini lak..hehe.Kalau duit boleh jatuh keriba,tak pe...y'all pakai duit mara,aku ni takde duit mara bang oi.Cakap senang la.cuba spend skit sorang rm 10 sorang untuk aku beli psp,ok gak.haha

Tapi,jangan risau...sekarang bukan setakat niat je,aku dah bercita-cita nak beli psp.tak dapat beli guna duit mak bapak,aku sanggup makan roti canai setiap hari demi kumpul beli psp.HIDUP PSP!!WUHOO!!