Thursday, October 30, 2008

Pop Quiz IDB


Baru-baru ni lecturer aku,Puan Has buat pop kuiz didalam kelas dimana pemenang akan menrima hamper.(tak tau mana puan dpt hamper tu,puan kan kedekut skit?hehehe...)

Nak dijadikan cerita,kuiz hari tu memang sengit dan lucu,sikit pun tak bosan hari tu.Walaupun group aku kalah,itu tak bermakna kami tak dapat apa-apa,ada perkara penting yang kami dapat iaitu ilmu...ilmu tu yang kami kejar,ye la,kalau stadi macam biasa mana nak masuk,bila buat kuiz seumpama ini,senang skit masuk kepala...hehe.^_^

Dan group yang menang hari tu adalah group Awe dan rakan-rakan,aku ucapkan tahniah buat korang...korang memang best!!..banyak gila soalan korang bolot...hahaha...

MP,Exam dan Cuti

Dah lama aku tak menaip cerita-cerita aku yang tak berapa best disini.Minggu depan aku akan menghadapi peperiksaan akhir semester,kemudian habis saja exam,ada pula final presentation,lepas tu pula ada Dinner KPTM,lepas tu baru boleh balik KL.

Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir,aku rasa sedih betul sebab lepas ni masing-masing akan buat praktikal ditempat pilihan masing-masing.Sebelum aku pikir pasal praktikal dan cuti,baik aku pikirkan pasal MP aku yang belum selesai lagi.Database dengan produk tak habis buat lagi ni.

EH?aku dah tahu nak tulis apa kali ini.Mungkin tiada perkara betul-betul menarik untuk ditulis kot...(takpe2,ada lagi aku tambah...sibuk sgt takde masa)...Aku harap kawan-kawan semua prepare2 la untuk exam nanti ye..

Monday, October 13, 2008

Raya Aidilfitri 2008

Dah lama aku tak update blog ni.Maklum la,lepas raya sibuk dengan kerja-kerja kolej pula.Cerita tentang raya ni,tahun ni aku balik ke Kedah,rumah tok wan aku disana.Aku balik ke Kedah pada 27 September 2008,dengan menaiki bas mara liner bersama-sama adik aku.Saja balik awal,dapat merasa berpuasa disana.
Bas bertolak pada pukul 3.30 petang dan aku pula sampai di medan gopeng dalam pukul 3.45 petang.Senang cerita aku lambat sampai la....masa aku bertolak kesana,Soffie dan Bro juga mengikuti ke sana menaiki kenderaan berbayar bewarna kuning hitam.
Dipendekkan cerita,Raya pertama,pagi raya tu biasa la kalau ada segmen salam menyalami dengan ibu bapa,dan paling best dapat duit raya.Tahun ni duit raya kurang berbanding tahun sebelum ini dimana tahun ni wang terkumpul adalah RM147..tahun lepas RM196.Sedih aku.....
Selain itu...ceh,skema pula ayat aku..berlaku juga penyembelihan lembu didepan rumah tok wan aku.So,faham-faham la kalau banyak sembelih lembu,hari-hari la makan lembu.Muka pun dah nak macam lembu.hahaha...
Hari kedua raya,ramai saudara mara datang.Memang happening masa tu.Dah la lama tak jumpa dey all.Dah jumpa memang seronok la.ok la,cukup la buat masa ni,ada lagi aku nak postkan...tapi tunggu dulu la.Ada benda aku nak tambah-tambah.
Mana gambar?kena tunggu dulu,aku akan post kemudian.Internet slow sangat hari ni...maybe sebab hujan kot....