Monday, October 13, 2008

Raya Aidilfitri 2008

Dah lama aku tak update blog ni.Maklum la,lepas raya sibuk dengan kerja-kerja kolej pula.Cerita tentang raya ni,tahun ni aku balik ke Kedah,rumah tok wan aku disana.Aku balik ke Kedah pada 27 September 2008,dengan menaiki bas mara liner bersama-sama adik aku.Saja balik awal,dapat merasa berpuasa disana.
Bas bertolak pada pukul 3.30 petang dan aku pula sampai di medan gopeng dalam pukul 3.45 petang.Senang cerita aku lambat sampai la....masa aku bertolak kesana,Soffie dan Bro juga mengikuti ke sana menaiki kenderaan berbayar bewarna kuning hitam.
Dipendekkan cerita,Raya pertama,pagi raya tu biasa la kalau ada segmen salam menyalami dengan ibu bapa,dan paling best dapat duit raya.Tahun ni duit raya kurang berbanding tahun sebelum ini dimana tahun ni wang terkumpul adalah RM147..tahun lepas RM196.Sedih aku.....
Selain itu...ceh,skema pula ayat aku..berlaku juga penyembelihan lembu didepan rumah tok wan aku.So,faham-faham la kalau banyak sembelih lembu,hari-hari la makan lembu.Muka pun dah nak macam lembu.hahaha...
Hari kedua raya,ramai saudara mara datang.Memang happening masa tu.Dah la lama tak jumpa dey all.Dah jumpa memang seronok la.ok la,cukup la buat masa ni,ada lagi aku nak postkan...tapi tunggu dulu la.Ada benda aku nak tambah-tambah.
Mana gambar?kena tunggu dulu,aku akan post kemudian.Internet slow sangat hari ni...maybe sebab hujan kot....

No comments: