Thursday, August 14, 2008

Reunion SMKDL Di TimeSquare

Photobucket


Gambar diatas merujuk kepada gambar ketika reunion aku dengan rakan-rakan di Time Square bulan lepas.Seronok jumpa rakan-rakan lama balik,yang nakal dah berubah,yang selama ni pendiam dah jadi kecoh.Kebetulan aku cuti masa tu,so dapat la aku balik k.l sekejap.

Pergi-pergi je reunion tu,bukan semua aku ingat,ada yang kenal aku,tapi aku dah lupa siapa dia,ada pula yang aku kenal tapi tak ingat nama,dan macam-macam lagi la gelagat aku dalam proses cuba mengecam kembali mereka-mereka ini.Dan paling menarik sekali,salah seorang rakan sekelas aku,Zaki namanya,dia ni biasa kena buli masa sekolah dulu.Macam-macam la kami kenakan dia,paling best kenakan dia waktu sekolah kami suruh dia berlakon.Memang kelakar.

Tapi baru-baru ni aku dapat tahu yang si Zaki ni dah jadi polis(uih!!Polis?aku pun tak caya mula-mula).Balai dia bertugas tak jauh dengan rumah aku,tak silap aku dia bertugas kat cawangan Dang Wangi ke Pandan Jaya.Dia juga merupakan penembak terbaik di cawangannya sekarang.Akhirnya cita-cita dia nak jadi penyelamat bumi(dulu dia taksub Ultraman) tercapai jua akhirnya.

Reunion kami akan diadakan lagi selepas ni,maybe dalam 2 tahun lagi.Baru rindu sikit....masing-masing dah graduate masa tu.

No comments: