Thursday, August 14, 2008

Kentucky Fried Chicken,JUSCO Dan Aku

Awal bulan hari tu duit masuk,jadi aku pun tak lepaskan peluang ke Jusco untuk makan KFC(Jauhnya...nape sampai sana?).Dah lama aku tak singgah Jusco,dah makan,boleh pusing-pusing sekejap.Tengok-tengok barang yang berkenan ke,tengok awek ke,macam-macam la boleh dilakukan kat sana.Masa aku pergi tu,hari khamis,hari kerja,jadi tak ramai orang sangat..So,aku jadi sedikit hampa kerana tak dapat cuci mata kat sana.hehe..

Sebut pasal JUSCO ni,banyak benda aku nak cerita.Aku dulu pernah kerja di Jusco Taman maluri,jadi apa?Jadi boss la,takkan kuli kot..hehe..bukan la,aku jadi promoter je kat sana,kerja lepas SPM 2004 dulu.Masa aku kerja kat sana,aku baru tahu macamana pengurusan shopping center masa tu.Setiap Staf kena datang sebelum pukul 10 untuk persediaan membuka kedai,kalau bahagian baju,sila-sila la lipat balik baju yang disepahkan oleh pelanggan semalam....aku bahagian baju budak dulu,masa tu sale,Jadi,customer main angkat je kain-kain kat dalam table JUSCO tu.Alih-alih aku juga yang kena lipat,nasib baik aku rajin...hahaha.Pagi tu lampu tak buka semua lagi,jadi agak gelap sikit,tapi still dapat tgk dgn jelas lagi.

Bila nak tutup JUSCO,masa tu la paling seronok dan juga kurang seronok.kami kena pacak depan booth masing-masing dan ucap,"terima kasih,datang lagi",jangan lupa SENYUM!!:-)
Kalau seorang takpe,ni setiap pelanggan yang lalu kena cakap macam tu.Balik je rumah dah pukul 12,penat nak buat apa pun malas,mandi-mandi,sembahyang terus tidur....pagi esok kena bangun awal.

Berbalik pada KFC tadi,mana lagi y'all suka?McD ke,A & W ke,Pizza Hut?Kalau tanya aku,semua aku suka,sebab semua ni dalam kategori makanan pantas(fast food).
Photobucket

1 comment:

Unknown said...

tau laa mbi..
len kali kasi
licin laa..

hahaha..
baru dpt
employee of the month..