Saturday, January 17, 2009

Aku Ingin Menjadi Komposer

Sudah sekian lama aku tak menaip di blog.Maklumlah tiada cerita menarik.Tapi,hari ni aku nak kongsi sedikit projek terbaru aku,dimana aku akan mula menulis lirik dan rakan aku soffie akan mereka lagunya.

Projek ini agak susah sebenarnya dan soffie sendiri pun menganggap aku ingin mengambil kesempatan terhadap bakatnya(hahaha...aku tak berniat apa-apa pun soffie).Tapi,apa-apa pun,jika projek ini menjadi,lagu siap,ianya akan dipublish di youtube.maybe ada video atau kami akan letak audio sahaja.

konsep muzik yg ingin dibawa tak pasti lagi,kalau ikutkan aku,aku nak test buat lagu jenis 80's atau 90's uptempo mcm modern talking.Paling tak pun jenis-jenis catchy dan mungkin ada sedikit unsur-unsur pop.entahlah...apa-apa pun bergantung kepada pengubah lagu aku tu.

Aku ikut je macamana dia buat,kalau fesyen tu lagu dia,macam tu la lirik aku nanti.Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.Dan untuk pengetahuan korang,lagu yg aku nak buat tu dalam bahasa inggeris.senang sikit nak bagi orang luar faham.

1 comment:

Aimanness said...

apa cite.. rindu kamu..