Sunday, February 22, 2009

Weekend Yang tak mengikut plan

Weekend aku kali ni memang tidak mengikut perancangan seperti yang dijadualkan.Salah satunya nak pergi potong rambut,sebagai mana yang y'all tengok rambut aku kat piture myspace dan disini...hah!!macam tu la...dah panjang.Aku nak balik rumah di kl pun tak berani.

Anyway,weekend kali ni agak membosankan.Tiada apa-apa yang istimewa berlaku,setakat duduk,main game,borak kosong,gelak,sms,mms,YM(kdg2 je....ye ke?..hehe),dan juga sebagainya.
Kena pula disini(ipoh,perak) baru-baru ni la nak hujan,langsung tak boleh nak kemana-mana melainkan pergi makan....kalau la ada sesiapa boleh masakkan untuk aku,boleh aku berjimat sikit.

Bulan ni agak sesak sedikit,aku pun naik runsing dengan pembelanjaan aku.Mana tak nya,duit tak pasti guna kat mana....hmm....harap-harap wang saku bulan depan aku boleh berjimat.Tinggal lagi berapa ringgit je lagi dalam dompet aku.Kalau ada sesiapa yang nak menderma kat aku,sila-sila la..aku tak kisah..

Baru-baru ni juga aku baru perasan yg activ5 dah jadi activ10...bila start nyer benda nie?..
kalau tak operator maxis tu tak sebut "perkhidmatan activ10 anda telah beralih ke no *100#...",xde nyer aku nak tahu.Biasa la,benda-benda orang muda nie aku tak tahu.

Tup tap tup tap...tahun ni aku akan masuk 22 tahun,(patut bincang awal tahun lagi,bukan sekarang..hehe)...aku tetap macam biasa je tahun 2009 ni,masih kelakar macam dulu,kadang kala kelam kabut,masih bujang(bila la jodoh nak tiba?...) dan juga masih rasa diri tu muda.

Bagi aku,rasa diri itu muda tak mengapa.Apa salahnya?...cuma kita kena beringat bahawa nyawa kita ni pendek je dan tak tahu bila kita akan mati.So jangan live your life to the fullest but sebaliknya kita cukupkan amal ibadat kita supaya tiket ke akhirat itu bukanlah seperti tiket yang dibeli dari ulat puduraya....^_^